|
Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua yang sudi
melayari website UT4U ini. Web ini bukanlah website rasmi Syarikat Universal
Tranxac Sdn. Bhd. tetapi hanyalah website sampingan yang digunakan oleh
ahli-ahli UT dari group UT4U sebagai rujukan dan saluran untuk menyampaikan
maklumat-maklumat terkini kepada ahli-ahli yang berada di seluruh Malaysia dan
Singapura. Website ini juga boleh diakses oleh mana-mana ahli UT ataupun
mereka-mereka yang berminat untuk mengetahui apa itu UT sebelum menyertainya
tanpa apa-apa sekatan. Web UT4U ini terbuka kepada sesiapa sahaja. Sebarang
masalah ataupun pertanyaan boleh diajukan terus kepada pihak admin UT4U samaada
melalui email, forum ataupun di ruangan shoutbox yang telah disediakan. Kami
akan cuba menjawab sebarang pertanyaan anda dengan seberapa segera.
Dibawah ini merupakan penerangan tentang bisnes yang dijalankan oleh Syarikat
Universal Tranxac. Diharap dengan penerangan asas ini dapat membantu anda untuk
mengetahui lebih mendalam lagi tentang bisnes UT dan bersama-sama kami menyertai
UT ini....

Apa itu UT?
UT adalah singkatan daripada nama syarikat penaja program ini iaitu 'Universal Tranxac (Malaysia) Sdn. Bhd.' Syarikat ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan
No Pendaftaran 430614-H.
Walaubagaimanapun syarikat ini dahulunya dikenali sebagai 'Universal Tranxac
International Holding Ltd.' yang ditubuhkan di Hong Kong sejak tahun 2005 lagi.
UT dimiliki sepenuhnya oleh anak jati Malaysia iaitu Mr. Alex Lu yang juga
merupakan Pengasas syarikat ini.Maklumat lanjut tentang Mr. Alex Lu dan juga
Organisasi UT yang lain boleh diperolehi di ruangan
Peneraju Utama
Apakah matlamat UT?
UT bukanlah sebuah syarikat yang menawarkan
"Skim Cepat Kaya" ataupun
"Pelaburan Internet".
Tetapi UT menawarkan satu program jangka panjang yang mana UT telah
menyediakan sebuah
PLATFORM khas untuk semua
ahlinya dan juga merchant-merchant yang menyertai UT. Demi menyahut seruan
kerajaan yang menggalakkan rakyatnya celik IT, maka UT telah mengorak langkah
awal untuk bersama-sama membantu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
dan berteknologi tinggi.
Apa kaitan UT dengan
kemajuan negara?
Tahukah anda jika di negara maju seperti Amerika, Britain,
Jepun dan Singapura mereka menjalani kehidupan mereka dengan mudah melalui
teknologi. Untuk membeli barang-barang keperluan rumah atau pejabat ataupun apa
sahaja, mereka tidak perlu keluar menempuh jalanraya yang sesak ataupun berebut
mencari tempat letak kenderaan di pasaraya. Tetapi melalui teknologi internet,
mereka hanya menggunakan masa yang minimum untuk memilih dan membeli apa-apa
sahaja. Dengan satu
"KLIK" sahaja semua
barang-barang yang dipesan melalui internet itu akan sampai di depan rumah atau
pejabat mereka.
Maka dengan ini Universal Tranxac telah menawarkan diri untuk
menjadi Syarikat Pertama di Malaysia yang menguruskan sistem jualbeli melalui
internet ini melalui program penggabungan merchant dan transaksi internet.
Apakah Platform UT?
Kita semua tahu dan biasa menyebut tentang KLCC.
Tetapi tahukah anda apakah sebenarnya perniagaan yang dijalankan oleh KLCC?
Tentu ramai yang membayangkan KLCC sebagai sebuah pasaraya, restoran, pusat
perdagangan ataupun kedai-kedai perkhidmatan. Semua itu adalah salah...KLCC
sebenarnya hanya menyediakan sebuah PLATFORM iaitu bangunan KLCC itu sendiri.
KLCC menyediakan lot-lot kedai, pejabat, pusat pameran dan perkhidmatan
penyelenggaraan bangunan. Kemudian ia mengabungkan semua merchant-merchant untuk
berniaga dan menyertai platform yang telah disediakan. Jadi KLCC berjaya menjadi
tumpuan orang ramai kerana ia telah menggabungkan berbagai-bagai jenis merchant
yang bertumpu di dalam satu platform.
Maka begitulah juga dengan UT. Universal Tranxac telah
menyediakan satu platform yang lebih canggih dimana ia akan menggabungkan semua
merchant-merchant yang berada di Seluruh Malaysia dan juga ASIA. Melalui
agent-agent
AMC (Authorised Merchant Consultant) yang dilantik proses penggabungan ini akan dijalankan secara berterusan
berteraskan penawaran program menarik yang dianjurkan oleh UT. Jadi semua ini
akan mendatangkan kebaikan kepada semua ahli-ahli UT dimana dapat berbelanja
atau menggunakan perkhidmatan dari merchant UT sambil mendapatkan keuntungan
yang berterusan.
Bagaimana nak mendapatkan
keuntungan melalui perbelanjaan?
Jika sebelum ini jika kita berbelanja, maka urusan
jualbeli itu hanya berlaku pada pihak penjual dan pembeli sahaja. Tetapi dengan
menyertai UT, jika ahli-ahli UT berbelanja di merchant UT menggunakan kad UR
(Universal Rewards Card)
maka kita akan
mendapat mata ganjaran yang boleh dikumpul dan ditukarkan semula kepada wang
ataupun barang yang kita ingini. Keunikan sistem kad UR ini pula adalah mata
ganjaran yang diperolehi tidak akan luput dan ianya boleh digabungkan dengan
mata ganjaran daripada ahli-ahli dalam kumpulan yang sama.
Apa kelebihan lain yang
ditawarkan UT?
1.
PELUANG
PEKERJAAN :- Bagi mereka yang sedang mencari-cari pekerjaan yang sesuai, sertailah
UT segara dan jadilah agent AMC yang memberikan peluang pendapatan yang lumayan
dan berterusan.
2.
PEMBELAJARAN SECARA ONLINE
:- UT dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka, Britannica Online, LTT
Global dan beberapa lagi rakan niaga strategik telah menyediakan program
pembelajaran secara online yang sangat menarik dan unik untuk semua peringkat
umur.
3.
PELUANG MENJANA PENDAPATAN :- Sekiranya anda menjadi ahli UT, peluang menjana pendapatan yang
lumayan dan berterusan menanti anda di sini. UT menyediakan 6 pelan bonus yang
amat unik, khas untuk ahli-ahlinya.
Ini adalah sebagai
penghargaan dari UT kerana menyokong syarikat ini.
JADI JANGAN BERLENGAH LAGI... PELUANG SUDAH BERADA DI DEPAN MATA. JADILAH ORANG
YANG TERAWAL MENYERTAI UNIVERSAL TRANXAC DAN BERSAMA SAMA MENGECAP KEJAYAAN DAN
KEKAYAAN YANG BERTERUSAN. HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK PENDAFTARAN. |